just a new life...

Assalamualaikum

Dalam setahun lebih ni since aku dah habis sekolah sampai sekarang aku menggangur takda keja.. aku dah belajaq something . actually more than something . banyak benda aku belajaq . sapa yang kenal aku tau lah aku ni no job , no education .. totally got nothing to do .. tiap hari rutin yang sama ja eat sleep repeat hahahaha dak aih . tipu lah kan kalau kata aku tak pernah rasa sedih sebab umur 19 tapi macam takda effort apa pun utk future .. pernah sampai satu tahap aku nangis qeyau meraung weii sebab pikiaq kawan kawan semua sambung blajaq , yang tak belajaq pon ada keja tapi bleh dikatakan semua kawan aku masuk belajaq , and pikiaq aku sorang ja takda masa depan . tapi aku sedar apa yang berlaku semua ni ada hikmah . yalah , aku bukannya tak mintak belajaq . aku mohon merata kot , sama ja macam kawan kawan aku yang lain . and kerja . yes, boleh dikatakan semua tempat aku dah mintak tapi tak dapat satu call pon.aku duduk and muhasabah diri kenapa semua ni jadi kat aku sedangkan result spm aku not bad lah. then tawakkal pada Allah , aku sedar apa yang jadi ni semua atas perancangan Allah s.w.t . takkan tiap hari aku nak nangis . so aku pon just follow the flow and go n ja dengan life aku .

Okay tu baru intro , ni aku baru nak start cerita apa yang aku kata banyak benda yang aku dah belajaq . aku harap apa yang aku share ni sapapun yang baca aku mohon ambik positif ok ? sebab aku takda niat nak riak or whatever lah tapi sekadar nak share macam mana life seorang penganggur berusia 19tahun acewahhh macam tajuk novel lah pulak heks . okay first sekali aku banyak sedar kesilapan aku yang lepas , apa yang aku pernah buat dekat kawan kawan aku , dekat orang yg pernah sayang aku , especially dekat mak abah aku and dosa aku dengan Tuhan :')) too young too bad to stay alive . 
so aku cuba improvekan diri aku utk kearah yang lebih baik . yalah bilalife dah hit you so hard baru you nak cari Tuhan kan :( tiap hari aku solat tak malas ( selalu org kata solat tak tinggal , tapi sebab aku dulu selalu malas solat so jadilah solat tak malas ) . yes, dulu memang liat gila nak solat . solat takpa lagi , nak tadah tangan nak doa pun mau takmau ja . sampai dua tiga bulan nak spm baru lah doa bersungguh & time ada problem ja baru nak tadah tangan . tapi bila dah tiap hari solat and mintak petunjuk dari Allah ( kenapa semua ni jadi kat aku ) , benda tu dah jadi biasa . anyway, aku ada tips untuk tak tinggal solat or malas solat . time orang azan terus pi ambik wudhuk and solat . bila dah selalu awalkan solat, insyaAllah lama lama bila rasa malas nak solat/ takmau solat/ solat lambat mesti rasa serba salah . idk how to explain but i can feel this . rasa tak sedap hati & rasa something bad will happen . ok sambung, bila dah serah semua and put trust on Allah , aku percaya rezeki aku ada kat mana mana mungkin bukan sekarang , mungkin satu hari nanti entah mungkin rezeki aku lebih baik dari apa yg aku expect kan . 

Then aku belajaq how to control myself from doing bad things . aku cuba untuk jadi lebih baik and be nice to everyone walaupun orang tu pernah sakitkan hati aku or orang tu not nice dengan aku *bahasa apa tah hahahahaha kbye .dalam erti kata lain , aku cuba untuk tebus semua dosa dosa aku yang lepas sebab aku dulu memang belagak suka dengki and not too nice dgn orang lain *again bahasa ni uhuks . entahlah pasal ni aku taktau nak share apa tapi one thing yang aku tau hubungan aku dgn mak abah & kawan kawan jadi macam mana eh nak kat ... so much better weh . and then, aku percaya dgn kata kata ni , "hard times always reveal a true friends ", haaa lebih kurang macamtu ayat dia . jujur aku cakap walaupun aku macamni , no money no job no education not a good looking just tall dark and pretty hahahaha ok sorry melalut . tapi aku nampak and happy ? terharu ? eh entahlah , susah nak kata . tapi apa yang aku cuba nak bagitau , ada dua tiga orang kawan kawan aku yg still stay dengan aku sampai sekarang :')) walaupun depa blajaq tapi tak pernah lupa untuk contact aku . jujur aku cakap , aku bukan nak mintak contact tiap hari update perkembangan apa semua . aku pun paham orang blajaq busy depa lain macam hehehe . cuma at least tak lost contact and bila cuti sem ajak keluaq jumpa . benda tu bagi aku walaupun biasa ja tapi aku rasa ermm dihargai :') ada dua tiga kawan pompuan and dua tiga kawan laki yang always ada untuk aku bila aku ada masalah , and rasa nak nangis kuat kuat huhu . and aku blajaq hargai orang yang ada untuk aku susah senang , and satu hari bila aku senang nanti aku janji takkan lupa and insyaAllah akan balas balik kebaikan orang terhadap aku . kalau aku lupa aku akan bukak balik and baca apa yang aku taip ni or kalau aku lupa mungkin aku patut disumpah ja jadi batu ala ala si tanggang gitu kan tapi ni versi derhaka dekat kawan kawan hahahaha.

last year , 2016 jugak aku ada belajaq satu benda . actually , aku ada kenal dengan someone ni secara tetiba . aku takmau cerita panjang pasal dia aku cuma nak share macam mana aku kenal dia and apa yang aku lalui sepanjang berkawan dengan dia . okay , waktu first time aku nak kawan dengan dia actually aku yang usaha cari dia dulu sebab memang tak kenal langsung and aku nak kenal sebab ada sesuatu yang memikat dekat dia hehe . dalam usah aku cari contact dia , aku ada jugak berdoa moga Allah permudahkan andai ada jodoh kami untuk berkawan ... then satu hari ni , aku pun dapat contact dia melalu kawan kakak aku , alhamdulillah syukur sgt . and kami pon start berkenalan , berkawan and one day tersuka and ber..... haha dak dak sebenaqnya takmau cerita pasai dia pun haa dah janji kan . okay apa yang aku nak cerita , sepanjang aku berkawan dengan dia banyak benda yang aku lalui. first aku nak bagitau , aku memang tak kenai sapa mamat ni ( i mean taktau latar belakang dia , sejarah silam dia , dengan sapa dia berkawan lepak semua) , tapi aku taktau kenapa aku percaya dia . padahal kami kenal dalam masa yg sangatlah sat (singkat) and and andddddd direstui oleh mak aku :'O pada aku benda ni takdir . aku kata aku memang tak kenai sapa dia ni , tapi bila aku selalu doa supaya Allah jaga dia , jadikan dia lelaki yang baik dan yang terbaik buat aku , aku rasa aku okay and percaya dia . i told you , kami memang kerap gaduh and ada trust issue (selalunya punca dari aku) . aku ni manusia yang suka buruk sangka, cepat overthinking , tapi aku try control diri aku and keep husunzon. aku percaya Allah akan jaga dia untuk aku . aku percaya Allah. and sebabtu bila aku pikiaq if one day we're not meant to be together , aku rasa aku redha , aku boleh terima inshaAllah :')) sebab dia buat aku lebih dekat dengan Allah . kami tak selalu contact , jumpa lagilah jarang tapi bila aku doa dekat Allah , aku rasa okay . aku rasa dia tetap ada dengan aku , dia takkan curang , and aku rasa dia ikhlas dengan aku . entahlah , susah nak explain apa yang aku rasa ni . 

sebab otak aku tetiba blank and rasa nak termenung panjang . aku nak stop kat sini ja .apa yang aku cuba cerita ni aku harap sampai dekat hampa noh . and apa yang aku cuba cerita ni , even when life put you down , stay alive , smile , be good to everyone especially to your parents, be grateful and always put Allah first. aku pun sebenarnya still lemah and memerlukan sokongan , semangat dari semua orang ,cuba nasihat diri sendiri...cikgu aku pernah kata , the best motivator is YOU, yourself ...
okaylah, post ni ada sambungan. nanti once aku otak aku dah tak blank , aku sambung taip okay. yang baik semuanya dari Allah, yang buruk kesilapan aku sendiri mintak ampun mintak maaf. assalamualaikum


BERSAMBUNG... hehe poyo jap















thanks readers.

0 cute stalker: